Tuesday, July 27, 2010

JIJAK DAN PIJAK (post ulangan)


Keris diangkat beserta laungan membela bangsa dan agama , ''takkan Melayu hilang didunia'' kata lagenda hang tuah yang dicuri oleh penginjak bahasa dan bangsa tanpa perasaan malu kepada dodoian ibunya yang bersuara Melayu .

''Kita bangsa Melayu gemar memohon maaf dan memaafkan'' ,

Seorang manusia pada suatu hari dibogelkan lalu membuat aksi bangun dan duduk kerana dipaksa sang Melayu .
"kita bangsa melayu yang bermaruah tak akan membiarkan kejelekan ini terlepas , cari Si Melayu yang fe'el kotor itu , kita hinakan dia '' tempik pembela maruah Melayu sambil mengira ngira hadiah dan rombongan memohon maaf kepada keluarga si bogel yang malang .
lutut diturunkan di Tanah besar Cina mengangkat berpuluh puluh jari Melayu tanda maaf dipohon kerana sangkanya sibogel yang malang itu orang Cina . ''inilah bangsa kita melayu yang tidak segan memohon kemaafan'' cerita seorang Melayu kepada anaknya , bangga.... ''orang yang memohon maaf itu pemimpin kita''tambahnya lagi

Entah angin dari mana bertiup kencang memecahkan rahsia , sibogel malang itu sebenarnya bangsa melayu yang terkenal dengan tinggi maruahnya .
Pembela melayu yang bermaruah itu menjuihkan bibir tanda kesal ,bukan kesal kerana maruah melayu yang diinjak tapi kesal kerana tenaga fikirnya diperah hanya kerana seorang perempuam melayu yang dibogel .
''Apalah sangat maruah seorang perempuan melayu , dibogel bukan satu perkara besar , perkara itu adalah satu prosidur perpolisan'' sudah hilang sifat memohon maaf kebanggannya kerana yang dijijak maruah itu orang melayu yang murah harga maruahnya .

Tangis malu kelurga si bogel malang itu mahu mencari simpati dan hadiah , kata penbela melayu dengan bongkak , esoknya keris diangkat lagi sambil melaung bangsa melayu akan terus dijaga....
Fikirnya melayu mudah lupa....

"Nanti aku akan terus menjijak dan pijak bangsa melayu sampai runtuh kerana melayu takkan maju jika terus berpegang dengan budaya orang orang yang dijajah" rancang si pembela melayu
''orang melayu tidak akan fikir kerana mereka mundur'' fikirnya

''Bahasa melayu tidak sesuai lagi , kita mesti memakai bahasa inggeris kalau mahu maju'' kata seorang tua kepada anaknya , maruahnya sudah berjaya dijijak oleh anjing yang bertopeng pembela bangsa .

herm...gua harap orang akan paham....