Thursday, May 17, 2012

JANJI SILEMAH

kekasih
aku cinta padamu
cintaku milik dia
dirimu juga milik dia
aku mengangis merinduimu
tangisanku milik dia
rindu padamu juga milik dia

kekasih
kupatri janji kedalam nuraniku
takkan kusiakan hatimu yang menangis
janjiku dalam kehendaknya
nuraniku milik mutlak nya

kekasih
aku tahu kau jua mencintaiku
aku milik dia
kau milik dia
cinta juga milik dia

kekasih
kita hanyut dalam gemgamannya
bernafas dalam belas kasihnya
carilah cinta kita didalam cintanya

Wednesday, May 16, 2012

SEMBANG DENGAN OTAK GUA

CINTA.....

Kata Ulama' cinta lelaki dan perempuan ada tiga bagai
1. cinta paling rendah ialah cinta yang datang kerana nafsu , Gua lihat inilah cinta yang paling popular di zaman kini , ramai orang yang mencintai seseorang kerna rupa paras dan gaya ... herm

2. Cinta kerana tabiat semulajadi , ini cinta pertengahan , kadang kadang ada yang bercinta kerana mahukan kehidupan yang normal , beristeri , beranak , pendek kata mempunyai satu keluarga , orang kata ini cinta clasics... herm pk pk

3. Cinta kerana ALLAH ialah yang paling tinggi darjatnya , mencintai seseorang kerana inginkan keredhoan ALLAH , menyayangi isteri dan anak anak kerana mengikut suruhan ALLAH dan Rasul , bersabda Rasulullah mafhumnya ' yang terbaik diantara kamu ialah orang paling baik dengan isterinya dan aku ialah orang yang paling baik dengan isteri.... cinta macam ni pon gua tengok masih ramai orang yang berpegang,, ALHAMDULILLAH....

CINTAKAN NEGARA

Bercakap pasal cinta , gua tergambar golongan pimpinan negara kita , dari kerajaan atau pembangkang , masing masing berceritera yang merekalah golongan yang cintakan negara.... herm... golongan yang mana lebih realitas dalam membuktikan kecintaan mereka kepada negara,,,?

1 Kerajaan BN , mereka telah membuktikan bahawa mereka menuruti segala kehendak rakyat , mahukan ibadat disediakan masjid , mahukan sukan disediakan stadium , mahukan hiburan disediakan kelab kelab hiburan , rakyat teringin sangat maksiat scara bebas disediakan kasino .... herm memang betul betul sayangkan rakyat , seperti menatang minyak yang penuh ....

2 ,Kerajan BA, khususnya PAS dan PKR , DAP gua tidak ambil peduli . Dalam bab ibadat mereka menyediakan rangka kerja yang baik bermula dari golongan anak anak kecil disediakan PASTI , golongan remaja disediakan berpuluh puluh SMA, golongan veteran diarahkan ke masjid dan pondok , ketika berhibur rakyat dibebankan dengan garisan garisan tertentu , menyebabkan rakyat membuat maksiat secara sembunyi ,kerana itulah kelantan yang dipenuhi dengan tok guru dan pondok pondok mengisi ruangan teratas carta tangkapan , kerajaan Pas tidak menyediakan tempat yang sesuai untuk bermaksiat ... herm
memang mereka ini seperti seorang bapa yang mengajar anak anak .

BERSIH

Dari pandangan mata gua yang agak beles , gua melihat BERSIH 3.0 ( B3) yang baru baru ini mempunyai pro dan kontranya , dipendekkan pronya ialah rakyat telah sedar bahawa suara hati mereka perlu diterjemahkan walau dengan apa cara sekalipun , memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menyekat kebebasan bersuara , bahawa masih ada jalan melemparkan pandangan hati mereka walau setinggi mana penjara suara dibina .
Dari sudut kontranya imej golongan agamawan tercalar dipandangan orang orang awam yang masih tercari cari apa itu agama.....

AGAMA

Sebut tentang agama , gua ingin menegaskan bahawa agama hanya satu iaitu ISLAM , lain dari islam sesekali bukan agama tetapi hanyalah shibih agama ( disangka sebagai agama)
Islam ialah sebuah agama yang merdeka atau bebas , seperti yang sebut didalam banyak krangan ulama' ulama' bahawa ciri seorang muslim ialah hurriyah ( merdeka , bebas)

sambung nanti la...