Wednesday, March 3, 2010

KHAWARIJ MODEN

mengimbau kembali gua akan sejarah di awal berpecah nyah kesatuan unggul islamiah, bagaimana luruh nya permata khilafah al rasyidin..ketika ummat islam di landa kecamuk fikrah di antara dua tokoh agung islam, meleleh keluar satu golongan yang konon nya mahu berpegang hukum Allah secara tuntas lalu secara sambarono melontar panah kekafiran kepada mukmin kesayangan Allah, seolah terbit di hati mereka itu perasaan bongkak lalu mengelar kan diri sebagai yang berpegang kepada ahkam Allah, semakin membusuk nanah keangkuhan mereka apabila menunding hina kepada ahli bait rasulullah.... akhir nya golongan ini di hukum generasi kemudian dengan mendapat tinta nama khawarij....benar lah janji Allah ....telah datang lah kebenaran meneggelam kan yang batil....

sangka gua panas hingga ke petang rupanya hujan di pagi buta... setelah beberapa detik rebah nya si khawarij kuno, bingkas si khawarij moden menarik kembali panah kekafiran sedia untuk di lontar kepada mukmin yang kelihatan nya terpinga pinga dengan serangan daripada golongan yang pada tanggapan memprjuang kan ahkam Allah, ummat islam yang sudah sedia lemah semakin melemah dengan panahan pentakfiran dari khawarij, secara halus nya golongan khawarij moden ini telah menambahkan musuh bagi perjuangan islam.. pada dasar nya menghilang kan kepercayaan sesama mukmin yang sama berkalimah keramat syahadah..

bermula perkara yang sebenar mahu gua lontar kan ialah bersama kita menjaga akidah dengan mempertahan kan syahadah saudara kita, pada masa yang sama tidak merasa kebenaran itu hanyalah milik peribadi seorang manusia, kerana peri manusia itu tidak memiliki semua kesempurnaan ....jangan sesekali mengulangi sejarah rebah nya khilafah yang mulia dengan menunding jari kekufuran sesama saudara kita... kerana muslim yang merangkak pada hari ini jangan di biar rebah menyembah bumi.....

rupa si khawarij itu menunding kekufuran pada mukmin, lalu mendabik keislaman milik mereka, tanpa getar hati bahawa hati itu milik ALLAH, dia lah yang menerbit kan manusia dari perut si ibu tanpa secebis tahu, dan dia lah yang melempar kan iman ke dalam hati manusia, yang berkuasa menarik nya kembali dari hati manusia dia lah ALLAH yg A'ZIM

berkata mustafa masyhur dalam risalah nya usul2 dakwah,,; dia lah allah yang mngeluar kan manusia dari perut ibu dengan hati yang berbeza beza bentuk nya,,, pincang nya hati beerti cacat nya amat kasihan...

aha
gua sekarang suka tulis barang2 berat ma... soli la... ala syan kida amrun khotir...
makne nye kerana perkara ini amat merbahaya malah merebak nya begitu mudah lebih mudah dari je atau hiv..^^


gua mintak diri dulu la neh



No comments: