Tuesday, January 11, 2011


"Seseorang yang tidak pernah sampai ke suatu tempat , tidak akan dapat menceritakan keadaan suatu tempat dan susur perjalanannya , walaupun seorang itu mempunyai peta yang terbaik " . Begitulah keadaan gua ketika diminta untuk berbicara tentang perkahwinan yang belum pernah gua tempuhi , namun tergerak sanubari gua untuk berkongsi pendapat tentang hal ini , walaupun ada malu malu alah dalam diri .

Perkahwinan dan pemikiran tentangnya

Bila disebut tentang perkahwinan , ada yang menggambarkan keadannya yang mempunyai pembantu yang amat memahami , bersama berjuang menempuh hidup suka duka yang sesekali diselangi ketawa dan gurauan .
Namun ada yang merasa seolah satu bebanan yang terpaksa ditempuhi kerana meraikan tabiat sebagai manusia yang memerlukan kepada lawan jantinanya , baginya perkahwinan seumpama sorang yang membawa muatan
di dalam sebuah perahu ,lalu menambah muatan merupakan satu perkara yang menyukarkan .

Bagi gua , kedua dua pemikiran ini mempunyai kebenaran , kerana perkahwinan ialah perkara yang mengembirakan di samping iayanya
menambah tanggung jawab yang tidak mudah untuk ditangani .

Perkahwinan menurut pandangan islam

perkahwinan merupakan satu hubungan yang meghalalkan hubungan diantara dua manusia yang berlawanan jenis .
Merupakan satu perkara yang digalakkan didalam islam , sehingga diceritakan semua rasul rasul yang diutus ialah mereka yang mempunyai isteri kecuali nabi ISA A.S , perkara ini brulang kali disebut didalam al QURAN , menunjukkan ia adalah satu perkara yang besar .

Perkahwinan merupakan satu untuk jalan menundukkan pandangan manusia , lalu mengahalang kerosakan yang berlaku di atas muka bumi , bersabda rasulullah " sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan kamu dan menjaga kamu dari kejahatan kemaluan " .
Ketahuilah ....mata merupakan satu penyebab bagi kerosakan yang amat banyak diatas muka bumi .
Berkata Sayyidina Umar " barangsiapa yang mempunyai anak perempuan yang sudah baligh dan tidak mengahwinkanya , jika melakukan zina maka dosa keatas dua orang tuanya " di petik dari maqolat sahabat .
Berkata ibnu Abbas r.a , " tidak sempurna ibadah sorang yang tidak berkahwin " di petik dari ihya' .
Sesungguhnya di dalam melakukan ibadat kepada ALLAH , hijab yang paling besar ialah mata , kata tok guru NIK AZIZ ketika bercakap soal bahaya mata , katanya " ahli sains sepatutnya kene kaji apa kaitan mata dan kemaluan kerana begitu besar kaitan antara keduanya ".

Pernah ada sahabat rasulullah yang datang berjumpa beliau bertujuan untuk meminta kebenaran mengasi kemaluan mereka kerana tidak mahu berkahwin bermaksud untuk tekun beribadah sepanjang masa, lalu ditegah oleh Rasulullah dengan sabdanya " aku beribadah dan berkahwin... barangsiapa yang menjauhi sunnahku maka ia menjauhi aku " a.k.q.
sabda Rasulullah lagi " dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkahwin lebih afdhal dari tujuh puluh rakaat orang bujang " hadis Abua Hurairah ( al kamil )
Bagi mereka yang beribadah dengan penuh zouk(perasaan) mereka akan merasai tekanan nafsu yang begitu besar apabila keluar dari kholwahnya (tempat ibadah ).

Gua teringat kata kata ayah " kalau berkahwin dapat mendekat diri pada ALLAH berusahalah untuk itu , tapi kalau menjarakkan diri dari dia , tahanlah "

Perkahwinan dari sudut kemanusiaan .
Sepertimana manusia dibekalkan perasaan gembira , sedih , lapar , berhajat kepada lawan jantina juga adalah lumrah dan fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh ALLAH tanpa perlu di usahakan .
Jika dihalang kemahuan ini , maka akan berlaku kecacatan kepada naluri manusia , kecacatan yang berlaku pada naluri boleh menyebabkan kerosakan yang amat dahsyat ditas muka bumi ini , maka perkahwinan adalah jalan penyelesaiannya .
Di antara hikmah atau faedah perkahwinan ialah wujudnya perasaan ingin membela atau menjaga
didalam sanubari sang lelaki terhadap pasangan dan anak anaknya , kalaulah diciptakan kelahiran manusia tanpa ada perkahwinan , maka tiadalah persaan kasih yang mendalam antara manusia .
Kata seorang guru "kerana perkahwinan inilah , menyebabkan manusia bekerja dan berusaha untuk mencari rezeki buat keluarganya , lantas memakmurkan muka bumi tuhan ini " .

**
Tetapi yang menjadi permasaalahannya , perkahwinan yang dibina tanpa landasan yang terbaik menyebabkan berlakunya kerosakan yang tidak kurang besarnya kepada simbiosis manusia , maka percayalah...Tiada landsan yang terbaik kecuali apa yang telah digariskan oleh pencipta manusia sendiri , dialah ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaannya .
Maka ulama' telah mengariskan perkahwinan berpandukan quran dan sunnah , tiadalah jalan untuk mengenal garis ini selain dari berilmu , dan tiadalah jalan mendapat ilmu kecuali belajar la beb..

Gua teringin menyebut beberapa ciri yang perlu pada seorang lelaki dan ciri pada perempuan bagi membina perkahwinan yang baik .

Suami

pertama ialah agamanya , yang dimaksud beragama ialah orang yang berpegang teguh pada agama , takut pada tuhannya , percaya pada hari pembalasan , akur perintah tuhannya , kerana orang yang tidak takut pada tuhan , tidak akan sesekali merasa takut untuk menzalimi isteri dan dan keluarga .
kedua berilmu , suami ialah orang yang akan membawa keluarganya kejalan yang bahagia dunia dan akhirat , maka tiadalah jalam kejayaan bagi kedunya melainkan dengan ilmu , yang dikatakan ilmu menurut islam ialah pengetahuan yang mendekatkan diri pada ALLAH dan jalan jalan kearah itu , diantara ilmu yang wajib ada bagi suami ialah ilmu yang berkisar tentang ibadat , seperti solat atau puasa dan juga ilmu yang berkaitan dengan wanita seperti haidh dan istihadhoh , juga ilmu yang berkaitan rumah tangga seperti mendidik anak anak , pentingya ilmu ilmu ini kerana kejahilannya tentang perkara ini menyebabkan suami akan menaggung dosa ahli keluarganya .
Ketiga ialah akhlak , bersabada Rasulullah " yang terbaik diantara kamu ialah orang berbuat baik pada ahlinya ( anak isteri ) dan yang paling baik dengan isteri ialah aku "
Bermula baik denagn isteri bukan hanya menjaga perilaku kita tetapi juga menerima kekurangan yang ada pada isteri , kata Sayyidina Umar ketika seoarang yang mengadu dileteri isterinya "Aku juga dileteri isteriku , bersabarlah .. kerana mereka telah menyelamatkan kita dari amukan nafsu " .

Keempat , adanya kata kata pujian dan gurauan , kerana setiap kata pujian atau gurauan ialah pencetus kebahagiaan rumahtangga , seperti kata seorang ansar ketika menceritakan perihal suaminya " dirumah dia umpama anak anak yang lucu tetapi diluar dia ialah seorang yang hebat dan pendiam " .

adeh.. terasa dah panjang la pulak , mentang2 la bab kawen.. bab isteri gua nak cerita jugak sebenarnye , tapi dah terase panjang menulis.. kalau terase dihati nak tulis lagi , gua tulis ...

** memohon maaf kerana tidak membawa matan hadis , gua sebenarnya malas nak menulis arab.. cukup dah nulis kat dewan pereksa..
WASSALAM


1 comment:

Yanie Mohd Zaki said...

alhamdulillah..da bertambah dah ilmu tu.. ngeeeee~ ^_^