Wednesday, November 10, 2010

KAFER..!! KAFER!!..... (2)


Begitu menkjubkan gua , ketika ummat manusia sedang dibimbangi masalah murtad , muncul golongan yang mengaku ahl al sunnah yang berusaha menambahkan bilangan murtad , seolah olah mereka tak mahu ummat islam menjadi ramai , mereka menunding jari kekufuran kepada siapa sahaja yang dirasa tidak sebulu dengan mereka .
Dulu...sewaktu gua dizaman anak anak , beberapa orang dari persatuan ABIM berbincang bagaimana mahu mengislamkan orang orang cina dan orang asli di negara Malaysia , dengan gembira menceritakan bilangan yang sudah berjaya diislamkan , gua tersenyum dan bercita cita mahu menjadi pendakwah yang lebih hebat dari mereka .

Gua masih ingat bagaimana mereka bercakap tentang ganjaran yang dijanji ALLAH bagi kerja dakwah ini , antara yang dituturkan , "seorang yang berjaya diislamkan adalah lebih besar ganjarannya dari sepuluh orang yang dibunuh di medan perang ", terbangkit semangat pendakwah pendakwah baru mereka , juga membangkitkan semangat gua yang masih anak anak .

Ketika sudah berjinak jinak dengan pengajian agama , gua dikejutkan dengan golongan yang berbangga dapat membid'ahkan ummat islam , mereka ini berusaha mencari dalil dalil bagi menambahkan golongan bid'ah , mereka ini terdiri dari cendiakawan2 yang hebat berkata kata , menggunakan dalil terus dari hadis dan quran , mereka membelakangi fatwa fatwa dan kaedah ulama' ulama' yang mutaqiddimin , kerana bagi golongan ini , mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk mengambil hukum terus dari al QURAN dan HADIS , padahal ulama' ulama' dahulu juga mengambil dari sumber yang sama , menurut gua "mungkin kerana merasa diri mereka bijak dan mampu ", ternyata perjuangan mereka mendapat sambutan dikalangan orang orang yang masih kabur , banyak majlis majlis zikir dan tahlil berjaya disunyikan oleh golongan pembid'ah ini .
Hasil dari kebijakan golongan ini , masyarakat awam mula memikir soal agama , percakapan dijalanan sudah berubah , tiada lagi bualan tentang ibadah seperti dulu , sudah tiada yang bertanya bagaimana mengambil wudhuk yang sempurna , yang dibincangkan berkisar ayat ayat mutasyabihat , terkadang membincangkan ulama' manakah yang bid'ah . Antara soalan yang mengejutkan gua "DIMANAKAH ALLAH" terkebil kebil gua , mendapat soalan yanng begitu merbahaya dari mulut tukang rumah yang biasa (orang awam) .
Masaalah yang begitu diteliti oleh ulama' ulama' dahulu kini dibincang dijalanan , berbekalkan akal yang kosong bersama sedikit maklumat , mereka orang awam sudah berani membincang ayat mutasyabihat .

Susulan dari kegilaan golongan pembid'ah ini , bangkit ulama' ulama' yang membuka mata golongan awam , sekaligus membuka pemikiran kepada pelapis pelapis agama tentang pentingnya ilmu agama , terutama dalam membendung masaalah musyabbihah (menyamakan ALLAH dgn makhluk) .
Gua yang berdarah muda begitu bersemangat mempertahankan ulama' ulama' yang mahu mengubati akidah orang awam , bersama teman teman mencari bekalan umtuk menyelamatkan akidah ummat islam , gua sering teringat cita cita gua di zaman anak anak , mahu merebut ganjaran mengenalkan orang pada tuhan .

Fenomena baru...

Kelmarin gua terjumpa golongan yang begitu menakjubkan , mereka berbanga dapat mengkafirkan ummat islam , mereka ini bercakap dengan bahsa yang amat kesat , seperti berkata "babi" "yahudi" "laknatullah" sewenang wenangnya .
Bagi golongan ini , mengatakan orang sebagai kafer adalah lambang keberanian , apa yang lebih menakjubkan golongan ini akan mengkaferkan orang yang tidak mengkaferkan orang , bunyinya seperti pelik , tetapi itulah kenyataan , gua tidak tahu apakah motif golongan ini , tapi gua diberitahu oleh mereka , bahawa mereka ini dilatih untuk berjidal ,
gua terkejut dan runsing mendengar penjelasannya , runsing kerana mereka diterima ramai diatas alasan melawan golongan musyabbihah , ternyata kerunsingan gua berasas kerana beberapa minggu selepas itu , mereka menghunjam lembing kekufuran kepada gua , penghunjam itu ialah orang yang menceritakan motif golongan ini pada gua .

Tiada kegilaan yang lebih gila dari kegilaan ini , itulah kata kata yang mampu gua sampaikan , apa normalkah orang yang berjuang islam berusaha untuk mengkafirkan ummat islam ?, apa tidak gilakah orang yang mengaku mahu menyelamatkan akidah ummat , namun mencari dalil dalil untuk megkaferkan ummat islam ?, padahal ada dalil dalil yang boleh menyelamatkan ummat islam dari kekufuran .
Yang hairannya mereka bertempik tempik berkata "aku berjuang untuk ALLAH dan haq" , tapi pada masa yang sama berusaha menambah bilangan pengkafiran .

Sekali lagi gua teringat cerita mereka yang begitu bersemangat mengislamkan orang , pasti mereka kecewa dengan sikap anak bangsa mereka yang berusaha mengeluarkan ummat islam dari agama islam . Mereka berjuang , berdakwah kerana mengharap ganjaran dan redho ALLAH bagi setiap orang yang berjaya diislamkan .

Benar hairan ......Entah apa ganjaran yang dijanji bagi seorang islam yang berjaya dikaferkan , gua masih tidak tahu , sehingga ada yang mati matian terbongkok bongkok mencari hujjah untuk mengkafirkan ummat islam . HABIS.....

**gua begitu berharap tiada lagi yang terperangkap dengan helah mereka , yang kononnya mahu menyelamatkan akidah , padahal lebih parah dari yang mahu diselamatkan**

No comments: