Tuesday, June 8, 2010

Ketaksuban Yang Membunuh Minda


"Fahaman dia itu wahabi , dia menisbahkan tuhan dengan perkara baharu "
"Jangan menuduh ulama' sebegitu , dia pasti ada alasannya "
"Tapi kita punya dalil , ulama' ahlisunnah mengkufurkan akidah segitu "
"Hey orang jahil , sipa kamu untuk menuduh nuduh ulama' , dia lebih a'lim dari kamu"
"aku kasihankan ummat yang terjahil dek kejahilan yang dibubuh nama ilmu , kufur perkara tidak boleh ditasammuh "
"kata katamu itu walaupun kebenaran akan memecah belahkan jama'ah islam , ummat perlukan jama'ah "

Rantai pertuturan yang membunuh keluasan minda sebegini sudah masyhur , kononnya mahu membela ulama' , hakikatnya membakar segala garisan ilmu yang digariskan ulama' mujtahidin , malah merupakan lngkah permulaan menjadi ulama' su' ( ulama' bisu jahat ) .

Kacaunya jiwa kerana penuturnya ialah pengejar pengejar ilmu , bicara ini sepatutnya ialah satu najis yang wajib dibersihkan dari mulut yang mengaku ilmu adalah cahaya suluh hidup .
kerana bicara sebegini akan memadam cahaya kebenaran lantas menghumban ummat ke lembah sesat yang gelap penuh duri racun .

Menganggap akidah harus tunduk kepada syariah siasiyyah adalah satu kebejatan pemikiran yang sudahpun dibahaskan ulama' mutaqoddimin , apa bergunakah jama'ah tanpa akidah yang sohih , relakah kita pergadai akidah demi membela seorang yang bergelar pimpinan .

Bukanlah bererti membakar rumah hanya kerana membakar kotoran dari rumah , jangan kecilkan jiwa , walaupun tilam itu kesayangan rumah , tapi ia sudah merbahaya kerana dipenuhi kala yang bisa membunuh ahli rumah .

Gua sayangkan jama'ah , juga teramat sayangkan ummat yang berjuang demi jama'ah , tidak pernah merasa perlu untuk tinggalkan jamaah , dasar dasar jamaah ialah dasar yang digariskan ulama' ahli sunnah berpandukan masdar masdar islami , wajib kita perjuangkan keakhir nya .

Membiarkan pencerobohan akidah merupakan pengkhianatan terhadap amanah ulama' juga merupakan pengkhianatan kepada jama'ah .

jangan merasa silau hanya kerana tingginya lawan , nanti kepala kita mudah di tojok....

***dalam hati gua penuh pengharapan agar TGNA membetulkan kembali keserongan buatannya , demi ummat islam , demi jama'ah , demi jiwa jiwa yang sudah celaru,,,******

Asal nya gua mahu berscerita tentang tahalluf siasi , OTAK GUA berat mengatakan perkara ini lebih besar manfaatnya....

ALLAH LAH YANG MAHA TAHU
MANUSIA ITU KELUAR DARI PERUT IBUNYA TANPA SECEBIS TAHU...

4 comments:

Anonymous said...

sekadar ingin tahu, ap pandangan akhi ttg maksud ahli sunnah wal jamaah yg sebenar???

Anonymous said...

Abg lem baLIK duduk dlm jemmah pas dulu.pah abg lem betulkan tok guru kalu dia ada wak salah.klu kita dok kata gini ore umno akan ambil kesempatan kononnya untuk membetulkan ummat yang akan berpecah.tp kita lupa.kesempatan itu untuk menhancurkan ilmu yang kita ada..abg lem cucu ulama besar jugok..kita dok jauh munkin kita x dengar dua3 belah pihak.balik masia.kita bulih nilai.mane baik mane x baik abg lem.minta dgn tuhan biar jiwa kita semua tidak taksub pada satu3 puak..balik buka minda3 ore pondok.kita menharap kan budok3 pondok untuk menerajui pimpinan pas..budak pondok yang betul3 berpegang pada suruhan allah..takbir..

Anonymous said...

assalamualaikum.alhamdulillah sudah dewasa anak abu.tapi belum cukup dewasa.ummat sedang sakit tenat.org alim adalah doktornya.doktR MESTILAH MELETAKKAN KASIH YANG TULUS KAEPADA PESAKIT.azamnya ialah kesembuhan pesakit.pesakit mana yang hendak di ubati,kadar mana sakitnya,berapa bayak ubat yang di perlukan.kerana itu allah menetapka fardu kifayah dalam amar makruf nahi mungkar.tok che pesan "biar aku buka masaalh hok pelik-pelik,mung tok reti nok hurai.masaalah di malaysia bukan masaalah wahabi tapi menterjemah sifat-sifat yang mutasyabihah.kalau ambil kira jadi kafir orang terjemah ar rahaman dan ar rahim dengan pengasih dan penyayang yang merupakan perasaan yang mustahil bagi allah.abu melihat isu wahabi pro dankontra ada ajenda tersembunyi sedar atau tidak.ajarlah ummat aqidah ahlus sunnah wal jamaah selumatnya,biar faham itu yang dapat membezakan yang hak dan batil.cukup dulu.Jangan taku kerana takut itu akan membenarkan orang menzalimi mu-takbir!wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Anonymous said...

bismilahirrahmanirrahim.assalamualaikum.sambung tentang perbahasan tentang terjemah.di sisi ulama khalaf kita boleh memaknakan ayat mutasyabihah(ta'wil)diantaranya dengan meninggalkan makn mabadi kepada makna ghayah.mazhab salaf tidak mengetahui makna kecuali allah serta menyucikan allah dr sega yang tidak layak.soalnya sekarang ialah terjemahan,salaf pun tidak,khalaf pun tidak.kata tok che "ssaloooh"abu tanya,"pah tu nok buat guano.tok che jwab"ngaji bahasa arab.tak gheti ugama mu kalu tak ngaji bahasa arab" jadi,keutamaannya sekarang ialah mengajak ummat supa belajar aga melalui disiplin yang telah di wariskan oleh ulama muktabar. wallaahu a'lam. assalamualaikum