Dia seorg yang gemalai , budi nya penuh kelembutan , bara api mainan harian nya di ceruk dapur,senyum penuh ke ikhlasan Tulus perempuan timur jangan di permain , kerna hati nya punya azimat .
kelmarin gua berjalan di pentas naluri manusia , gua terjumpa satu azimat milik perempuan timur ,
gua pasti pemilik nya pasti gagah
azimat seorang timur
'indah rupamu lunak suaramu'
puji perangkap yang kau tabur
dalam sesaat mengenali kau mula meneguk
ingin memugar harapan
coba untuk menggari aku dengan dengan dusta2 ulumg sang pemburu
Aku perempuan timur yang masih menjunjung adat di jemalaku
tidak akan bisa untuk terus melatah
aku bukan rakus , gelojoh dan kemaruk untuk terus menjana kasih
lupakan angan mu tinggalkan angan mu di kaki ku
Duhai sang pemuja
jangan lah kau duga dengan janji dan impian
aku tidak pernah akan silau walau kau janjikan semukim permata
kerna aku peremouan timur yang masih menjunjung adat di jemalaku
marah hati ku di guris2 hati ku aku menangis siapa yang peduli
aku di sini.... di hujan ribut dan taufan kaku bagai batu2 tak punya rasa reput cebisan hati ku di biar panas dan hujan siapa yang peduli aduhai hati ku......
kau tak punya teman kau raja senang mu di persoal susah mu tak d peduli aduhai hati ...kasihan
sabar lah hati jangan menangis air mata raja itu aib gugur mu runtuh lah istana megah
aduhai hati.... tempat megah mu di bawah kaki di situ tempat pertemuan mencari redho pencipta
gementar hati gua tatkala tangan ini mahu membicarakan soal cinta....kerana ombak perasaan gua bagai bergulung takut kalau kehilangan cinta... kalau sekali sudah cinta pasti hati terukir nama nya...memadam ukiran hati umpama membelah hati, gua pasti hirisan itu pedih, kata si manusia cinta itu ibarat laut dan pantai, ibarat cahaya dan bulan, tapi gua pasti pepatah itu salah, kerna cinta xkan surut sperti laut, kerna cinta xkan meninggal kekasih seperti chaya meninggal bulan diwaktu siang, payah nya mengukir cinta tidak seperit memadam ukiran nya,
bhagia nya cinta kalau kesampaian, iri bumi melihat manusia kerna punya hati untuk menyinta, kerna buah cinta itu mekar tika berputik manis tika ranum..ya tuhan ku apakah cinta sesama manusia itu satu anugerah ataukah ia satu rintang ujian mu,
cinta ku...tidak pernah kesal gua ukir nama mu di hati walau tahu, jika jatuh nya tika mekar pasti parah tidak sedikit luka nya, gila kerna menyintai mu pasti indah, biar org kata cinta pada manusia itu rapuh, namun ia tetap indah.. hati kita satu, air mata mu tangisan gua, berdarah hati gua luka hati mu..pahit peria kehidupan terasa manis kerna madu cinta.
mengalir tenang hati hamba itu, sungai hati nya hanya menuju tuhan, cinta nya abadi, marak api ujian nya pasti berkobar, sujud bumi menolak taklifan kerna takut bahang nya. namun api itu pasti dingin waktu cinta mula ranum, bagai si kekasih ibrahim dingin di api kerna cinta nya kesampaian,
cinta pada tuhan pasti berbalas, tidak pernah kecewa hati sang pencinta, xkan pernah tuhan menolak cinta hamba nya, gila menyintai tuhan bermilion kali lebih indah dari senyum puas pencinta dunia, setitis cinta darinya xkan ada yang boleh di tukar ganti
ya tuhan ku....kurniakan lah setitis cinta ke dalam hati ku kepada mu, hamba mu ini tidak punya tempat untuk mengadu kecuali kepada mu, hambamu xkan dapat hidup kecuali dgn cinta mu, kalau lah sjuta nyawa di beri, izinkan aku menyintai mu selama nya
Puas gua menghitung perit bapak gua, tak pernah terhasil jumlah nya..tidak mencukupi angka di dunia ini membilang jambangan kaseh ayah..rindu pada nya menghambat segala kedukaan hidup.. masih bergetar cuping telinga gua dengan nasihat nya yang tak kan ada nasihat seindah itu lagi di duna ini..
Anakku…getar hati ayah takkan berganjak kalau kamu tidak berharta, biar lah hidup mu mencari makan di dahanan pokok, biar lah pagi tercalar kerana kerap kais mu mencari rezeki..
Anakku..hati ayah mu basah kalau kamu tidak ber ilmu, tidak perlu hidup manusia yang tiada cebisan ilmu, biar lah ayah mu merempat demi ilmu mu, ayah mu ini rela menggadai kan kssemua belulang asal tidak jahil anakku, di cipta dunia dan akhirat itu untuk mereka yang berilmu..terkulai hati ayah mu andai gadaian nya di bayar dengan kesenangan dunia yang rapuh,,,
Puas hati kecil gua meronta, sesekali meraung… ayah ku sayang bukan kah ilmu itu demi kesenangan, apa guna ilmu tanpa ikatan kesenangan, masakan berguna pokok tanpa buah…. Senyum ayah seakan faham gelodak kebodohan anak nya, perlahan tangan nya mengusap ubun gua..seolah bius membisu kan raungan singa ganas gua ^^
Sudah berlalu kenangan itu di hambat masa, rupanya takkan takkan ada buah kesenangan tanpa pokok ilmu, mustahil ada buah tanpa pokok,,ahahaha guarindu pada mu ayah
Bisik ayah lagi…anakku… yang nama nya baharu itu pasti brubah,jangan letakkan hati mu pada sesiapa kecuali yang qodim, dia takkan berubah walau sekecil mata jarum..dia lah yang mencipta kamu dia lah memelihara kamu dia lah juga yang akan membawa kamu pulang,,,guaikat kejat simpul mati pesanan ayah… ya tuhan ku limpah kan kaseh mu pada ayah ku, dia lah yang mengenal kan mu padaku..selawat salam atas junjungan
Aku masih ingat merdu seruling nasihat ayah berpesan..ibu mu itu pembawa syurga, jauh dari nya be erti menjauhi syurga, deras hati ku sayu,,aku sayangkamu ibu,,aku syang kamu ayah
Kata ayah anak lelaki itu harus bijak mencari peluang,berubah nya dunia kerna takdir dari yangmaha berkuasa, cari lah peluang jangan jadi kan alasan, yang di tanya pada hari perkiraan bukan keadaan dunia tapi apa yang di bawa dari dunia
Bulu roma gua sentiasa meremangtatkala mengulang pesan ayah oleh benakku,
………….adeih lla, ase nak nitis air mate pom ade,, ase macam feeling2 jew…argh…suke ati la bukan nye kne bayar bil pom gune banyk air mate
Ape2 hal pom otak gua otak lu jugak,,,hahahahhahahahha
mengimbau kembali gua akan sejarah di awal berpecah nyah kesatuan unggul islamiah, bagaimana luruh nya permata khilafah al rasyidin..ketika ummat islam di landa kecamuk fikrah di antara dua tokoh agung islam, meleleh keluar satu golongan yang konon nya mahu berpegang hukum Allah secara tuntas lalu secara sambarono melontar panah kekafiran kepada mukmin kesayangan Allah, seolah terbit di hati mereka itu perasaan bongkak lalu mengelar kan diri sebagai yang berpegang kepada ahkam Allah, semakin membusuk nanah keangkuhan mereka apabila menunding hina kepada ahli bait rasulullah.... akhir nya golongan ini di hukum generasi kemudian dengan mendapat tinta nama khawarij....benar lah janji Allah ....telah datang lah kebenaran meneggelam kan yang batil....
sangka gua panas hingga ke petang rupanya hujan di pagi buta... setelah beberapa detik rebah nya si khawarij kuno, bingkas si khawarij moden menarik kembali panah kekafiran sedia untuk di lontar kepada mukmin yang kelihatan nya terpinga pinga dengan serangan daripada golongan yang pada tanggapan memprjuang kan ahkam Allah, ummat islam yang sudah sedia lemah semakin melemah dengan panahan pentakfiran dari khawarij, secara halus nya golongan khawarij moden ini telah menambahkan musuh bagi perjuangan islam.. pada dasar nya menghilang kan kepercayaan sesama mukmin yang sama berkalimah keramat syahadah..
bermula perkara yang sebenar mahu gua lontar kan ialah bersama kita menjaga akidah dengan mempertahan kan syahadah saudara kita, pada masa yang sama tidak merasa kebenaran itu hanyalah milik peribadi seorang manusia, kerana peri manusia itu tidak memiliki semua kesempurnaan ....jangan sesekali mengulangi sejarah rebah nya khilafah yang mulia dengan menunding jari kekufuran sesama saudara kita... kerana muslim yang merangkak pada hari ini jangan di biar rebah menyembah bumi.....
rupa si khawarij itu menunding kekufuran pada mukmin, lalu mendabik keislaman milik mereka, tanpa getar hati bahawa hati itu milik ALLAH, dia lah yang menerbit kan manusia dari perut si ibu tanpa secebis tahu, dan dia lah yang melempar kan iman ke dalam hati manusia, yang berkuasa menarik nya kembali dari hati manusia dia lah ALLAH yg A'ZIM
berkata mustafa masyhur dalam risalah nya usul2 dakwah,,; dia lah allah yang mngeluar kan manusia dari perut ibu dengan hati yang berbeza beza bentuk nya,,, pincang nya hati beerti cacat nya amat kasihan...
aha gua sekarang suka tulis barang2 berat ma... soli la... ala syan kida amrun khotir... makne nye kerana perkara ini amat merbahaya malah merebak nya begitu mudah lebih mudah dari je atau hiv..^^
gua selalu dengar orang kata , dunia ini ibarat mimpi bila di banding dengan kehidupan yang sebenar di akhirat...... tapi gua tak paham kenapa gua buleh terlena dalam mimpi gua.. tertawa bila memikir sia2 nya mimpi terlena dalam keadaan gua yang sudah terlena.... hey korang paham x ni... ase mcm sasterawan plak... gua cuba terjemah melalui puisi gua neh.... ehem ehem....
senyum si anak itu mimpi nya indah teman nya si puteri jaganya dalam bahagia
gusar si tua berkerut mimpi nya punah hartanya hilang jaganya dalam kusam
sesal si anak muda mimpi nya sia2 gelap tidak bercahaya tidur nya pejam mimpi nya pejam
senyum si anak itu amal nya penuh berteman si bidadari aman nya kekal
gusar si tua berkerut kurang amal nya xberguna hartanya teman nya si air mata
sesal si anak muda hidup nya jahil usaha nya sia2 sangka nya yang baik itu punya banyak harta
herm lu pikir r sendiri berkata syeikhul islam abu zakaria ketika menerang kan erti baik "ape yang di ikuti pahala keadan nya ape yang menghasil kan bahagia akibat nya"
gua terasa nk sambung gua punya kerja trbelangkai, terus ke point asal........ yang mnjadi bahaya nya ialah kerja golongan ini bkn lah hanya menarik oarang awam ke arah kesalahan dalam ibadat tapi meruntuh kan terus kesan ibadat terhadap allah, iaitu dengan membuat serngan terhadap akidah ummat islam, antara yang masyhur nya mngatakan allah itu bertempat, padahal jelas lah kesalahan mereka dgn firman allah...laisa kamislihi syai'.....
lalu dengan sambarono menuduh ulama trdahulu ,yang tidak sefahaman dengan mereka dengan tuduhan yang zalim(meletakkan sesuatu bukan pada hak nya) sperti mengatakan bidah kepada al imam ABU HASSAN AL ASYA'RI,
kebodohan mereka itu begitu mudah berjangkit kerana mereka tidak menolak quran dan sunnah, tetapi mngunakan sumber islam itu dengan cara pemprosesan bodoh mereka, lalu telah ramai manusia yang menjadi mangsa kebodohan mereka....
gua pernah ke satu universiti tempatan kat malaysia, mereka ajak gua buat satu usrah, lalu di bentangkan kat gua tentang usuluddin, amat lah terharu apabila ternyata hidangan itu ialah resepi yang diolah golongan bodoh lah yang menjadi santapan golongan bakal pimpinan ummat islam yang gua amat sayang ini......
pada otak gua kalau lah golongan kelas cendiakawan telah pun di jangkiti, maka tertera lah apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi pada ummat islam yang gua cintai....TOLONG LAH ... wahai pemuda islam yang gua cintai, pelihara lah agama islam pilihan allah ini dengan menapis rapi sumber akidah islam...... KETAHUI LAH saudara gua semua, akidah yang soheh itulah satu2nya kunci syurga.....gua takut suatu hari nanti islam bukan lagi menjadi milik kebanggaan bangsa gua.......
kepada bro2 gua...gua nak bagitahu beberapa perkara penting dalam akidah.....
1......kalau lah allah di samakan dengam makhluk spt bertempat...berjisim...beranggota...dsb.... terang lah batal akidah tersebut.....
2.......kalau lah ada yang menolak akidah asyairoh(sifat 20) berhati2 lah...walau pun di katakan pegangan itu salafi......
3.....berhati2 lah dengan yang mengkafir kan org islam secara bermudah mudah... sabda rasulullah man kafara mu'nin fa hua kafir...barangsiapa yang mngkafir kan orang mukmin maka jatuh kafir dia......
4...beringat dengan golongan yang mengatakan ibadah yang di ajar oleh ulama' dahulu sebagai bid'ah yang dholal........
gua menciri kan golongan sufaha' ini supaya berhati2 .....tidak bermaksud untuk mngajak bro2 gua menuduh sesiapa sebagai sufaha'(bodoh)
huh.........lega rasa nya.....dapat menyiap kan kerja yang gua takut2 untuk tulis......
sedikit perkara yang perlu di ambil cakna.......
bukan lah tulisan gua ini untuk menuduh sesiapa sebagai sufaha' tetapi kerana perkara ini telah di ingat kan oleh ulama'2 ahli sunnah waljamaah.....
bagi gua sendiri gua terlampau bimbang peristiwa pembunuhan beramai2 puak mu'tazilah terhadap ahli sunnah akan di ulangi puak2 bodoh ini......
sejarah mengajar erti kehidupan........
sori la bro gua punya cerita hal berat2 kali ni, tapi inilah hakikat yang berlaku pada seluruh dunia hari ini.............
bangkit nya golongan ilmuan baru yang menyalahkan ulama yang terdahulu adalah satu fenomena yang merbahaya kerana perkara ini termasuk dalam amaran rasulullah bahawa akan bangkit di akhir zaman golongan sufaha (bodoh) yang akan menuduh org2 terdahulu.... sikap inilah yang di katakan takabbur dalam ilmu, dan inilah merupakan penyakit yang paling ditakuti dalam kehidupan penuntut ilmu....... gua tak bimbang dgn golongan jahil yang mnyerang ulama, apa yang dibimbangi golongan yang berilmu dan mendapat kepercayaan dari masyarakat(siqoh) kerana serangan mereka terhadap ulama merupakan serangan akar umbi, di mana kepercayaan org ramai terhadap ulama akan mnjadi luntur...... adeh la gua blank lagi ni...... nanti la gua sambung ahhahahahahahaha( suko bele2 garu palo)
assalamualaikum warahmatullah....... politik merupakan satu cabang dari jalan menuju ke arah ridha allah.... kerana janji allah pada hari yang tiada tempat berteduh selain dari teduhan allah... pemimpin yang adil merupakan org yg prtame dlm matan hadis......
ketika gua balik mesia baru baru ni, kemelut politik begitu menjadi2 sama ada di pihak kerajaan mahu pun di pihak parti islam... gua melihat beberapa alasan kenapa ribut itu terjadi, yang utama ialah bralih nya kaki kiri kerajaan ke tubuh parti islam... apa yg mnjadi masaalah kaki kiri nya itu penuh dgn kotoran... kerajaan merasa kehilangan kerana terasa ketempangan,,,jamaah islam pula terima dalam mahu tak mahu..kerana takut akan kotoran nya.... bimbang kalau kotoran nya melekat mghilang kan bau islam yang mnjadi dasar perjuanagn...
gua melihat kebimbangan itu bnr2 trjadi...sehungga trjadi semacam satu jerat yg boleh melumpuhkan seluruh sistem tubuh badan jamaah.... gua terasa semacam satu hentakan yang kuat bg simbiosis islam apabila trjadi se olah2 satu kekalutan dalam sistem jamaah..menyebab kan semua lapisan terasa satu keadaan yg meloyakan di dalam jamaah...tapi adakah adil bg jamaah membuang kaki kiri kerajaan atau bekas kaki kiri itu keluar dari jamaah , padahal yg berjasa dalam perang yg lepas adalah sebahagian dari mereka.... tapi kotoran ini telah mnyebab kan semacam perselisisihan dalam jamaah...
kerajaan yg sdh sdia tempang dgn khilangan kaki kiri mereka menunding jari ke arah puak jamaah dgn mngatakan puak jamaah memiliki kaki kari yg kotor...lalu semua lapisan melihat dan jelas lah kelihatan kotoran trsebut,,,lapisan masyrakat serba salah... kemenangan moral bg kerajaan....
lalu jamaah persama pakatan mereka yg brcampur aduk mmbuktikan kehebatan mereka dgn kemenangan dlm beberapa siri prjuangan... menampakkan bahawa idea pakatan ini mndekat kan islam kpd kemenangan... satu kmenangan moral buat jamaah....
kerajaan terus mghembus kan angin panas mengolah berita mengatakan kemenangan itu adalah brpunca dari ktoran mereka..dan bukan lah jamaah yg mendapat kemenangan berdalil kata menang sorak kg tergadai...lapisan masyarakt trpinga2... kemenangan moral 2 untuk kerajaan...
kmenangan yg kedua ini lah yg sebenar nya menyebabkan kekecohan krn yg trmakan umpan bkn lah lapisan biasa shj bahkan lapisan kepimpinan juga rebah moral mereka dgn hujah pepatah' menang sorak' ini