Friday, December 3, 2010

Di mana hamba ??


بسم الله الرحمن الرحيم
Memulakan tulisan dengan basmalah kerana mengambl berkat dari mafhum sabda junjungan , "setiap amalan yang memiliki kebaikan jika tidak dimulai dengan basmalah akan menjadi cacat "

Sedikit tafsiran mengenai basmalah menurut bahasan ulama' usul ...
بي كان ماكاى بي يكون ما يكون
bi pada basmalah memberi makna " dengan aku telah ada lah perkara yang telah ada dan dengan aku akan ada lah perkara yang akan ada "
اسم من كلمة سمو
perkataan ismi asal dari kalimat sumu artinya ketinggian dan berkata ulama' kuffah dari perkatan sama artinya tanda atau alamat ya'ni yang menjadi penunjuk kenal kepada sesuatu zat
الله
nama bagi zat TUHAN
لرحمن المنعم بجلاءل النعم
al rohman atinya yang memberi nikmat dari perkara yang besar besar ya'ni perkara yang nampak di mata

الرحيم المنعم بدقا ءق النعم
al rohim :yang memberi nikmat bagi perkara yang tidak nampak seperti iman , islam , ilmu dan seumpamanya

PERBUATAN HAMBA

Terbahagi perbuatn hamba itu kepada dua
1 اضرار
Perbuatan yang dikerasi taupun perbutan yang dibuat tanpa sengaja atau tanpa perasaan hendak
2اختيا ر
Perbuatan yang dibuat dengan kehendak hati atau pilihan hamba

Sepakat ulama' mengatakan perbuatan idtirori ialah perbuatan yang datang dari ALLAH
Adapun pada perbuatan ikhtiari berpecah kepada tida pendapat
1 jabariah= semua perbuatan ditentukan ALLAH , dan tiasa dosa atau pahala pada perbuatan hamba
2 qodariah atau muktazilah= semua perbuatan atas usaha hamba sendiri dengan kekuatan yang diberi oleh ALLAH ,
3 ahlusunnah waljamaah = ALLAH yang mencipta perbuatan hamba dan hamba yang membuat perbuatan itu dengan pilihan hatinya

** perhatian... TIADALAH ILMU TANPA GURU , DI SINI HANYA MAKLUMAT....

CONTOH....
seorang yang mencangkul tanah...
kata jabariah " ALLAH yng melakukan perbuatn mencangkul itu...
kata muktazilah " orang itu mencangkul dengan kekuatan yang diberi , jika kuat cangkulan nya , maka banyaklah hasilnya
ahli sunnah " orang itu yang mencangkul , kerna dia mencankul dengan pilihan hatinya , tetapi ALLAH yang mencipta perbuatan mencangkulnya..

ilmu yang berkaitan dengan perbuatan hamba
1BAB SABAB MUSABAB
2 BAB ASAR WAL MUASSIR

kalau nak menguasai bab perbuatan hamba mesti tahu akan dua bab ini... gua tidak berniat untuk menerangkan semuanya kerna begitu berharap agar korang semua mendapat ilmu dari guru yang murusyid dengan cara bertalaqi atau bersemuka

Kata ayah gua , jangan ditanya apa yang ALLAH kerjakan tapi tanyalah apa yang kita kerjakan.. kerana kitalah hamba yang akan di soal segala perbuatan .

kata guru gua , dipanggil ilmu kalam pada ilmu tauhid , kerana pada ilmunya perlu kepada bercakap.. xcukup ngan baca..
hehe~
caw dulu

  • WASSALAM

Wednesday, November 10, 2010

KAFER..!! KAFER!!..... (2)


Begitu menkjubkan gua , ketika ummat manusia sedang dibimbangi masalah murtad , muncul golongan yang mengaku ahl al sunnah yang berusaha menambahkan bilangan murtad , seolah olah mereka tak mahu ummat islam menjadi ramai , mereka menunding jari kekufuran kepada siapa sahaja yang dirasa tidak sebulu dengan mereka .
Dulu...sewaktu gua dizaman anak anak , beberapa orang dari persatuan ABIM berbincang bagaimana mahu mengislamkan orang orang cina dan orang asli di negara Malaysia , dengan gembira menceritakan bilangan yang sudah berjaya diislamkan , gua tersenyum dan bercita cita mahu menjadi pendakwah yang lebih hebat dari mereka .

Gua masih ingat bagaimana mereka bercakap tentang ganjaran yang dijanji ALLAH bagi kerja dakwah ini , antara yang dituturkan , "seorang yang berjaya diislamkan adalah lebih besar ganjarannya dari sepuluh orang yang dibunuh di medan perang ", terbangkit semangat pendakwah pendakwah baru mereka , juga membangkitkan semangat gua yang masih anak anak .

Ketika sudah berjinak jinak dengan pengajian agama , gua dikejutkan dengan golongan yang berbangga dapat membid'ahkan ummat islam , mereka ini berusaha mencari dalil dalil bagi menambahkan golongan bid'ah , mereka ini terdiri dari cendiakawan2 yang hebat berkata kata , menggunakan dalil terus dari hadis dan quran , mereka membelakangi fatwa fatwa dan kaedah ulama' ulama' yang mutaqiddimin , kerana bagi golongan ini , mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk mengambil hukum terus dari al QURAN dan HADIS , padahal ulama' ulama' dahulu juga mengambil dari sumber yang sama , menurut gua "mungkin kerana merasa diri mereka bijak dan mampu ", ternyata perjuangan mereka mendapat sambutan dikalangan orang orang yang masih kabur , banyak majlis majlis zikir dan tahlil berjaya disunyikan oleh golongan pembid'ah ini .
Hasil dari kebijakan golongan ini , masyarakat awam mula memikir soal agama , percakapan dijalanan sudah berubah , tiada lagi bualan tentang ibadah seperti dulu , sudah tiada yang bertanya bagaimana mengambil wudhuk yang sempurna , yang dibincangkan berkisar ayat ayat mutasyabihat , terkadang membincangkan ulama' manakah yang bid'ah . Antara soalan yang mengejutkan gua "DIMANAKAH ALLAH" terkebil kebil gua , mendapat soalan yanng begitu merbahaya dari mulut tukang rumah yang biasa (orang awam) .
Masaalah yang begitu diteliti oleh ulama' ulama' dahulu kini dibincang dijalanan , berbekalkan akal yang kosong bersama sedikit maklumat , mereka orang awam sudah berani membincang ayat mutasyabihat .

Susulan dari kegilaan golongan pembid'ah ini , bangkit ulama' ulama' yang membuka mata golongan awam , sekaligus membuka pemikiran kepada pelapis pelapis agama tentang pentingnya ilmu agama , terutama dalam membendung masaalah musyabbihah (menyamakan ALLAH dgn makhluk) .
Gua yang berdarah muda begitu bersemangat mempertahankan ulama' ulama' yang mahu mengubati akidah orang awam , bersama teman teman mencari bekalan umtuk menyelamatkan akidah ummat islam , gua sering teringat cita cita gua di zaman anak anak , mahu merebut ganjaran mengenalkan orang pada tuhan .

Fenomena baru...

Kelmarin gua terjumpa golongan yang begitu menakjubkan , mereka berbanga dapat mengkafirkan ummat islam , mereka ini bercakap dengan bahsa yang amat kesat , seperti berkata "babi" "yahudi" "laknatullah" sewenang wenangnya .
Bagi golongan ini , mengatakan orang sebagai kafer adalah lambang keberanian , apa yang lebih menakjubkan golongan ini akan mengkaferkan orang yang tidak mengkaferkan orang , bunyinya seperti pelik , tetapi itulah kenyataan , gua tidak tahu apakah motif golongan ini , tapi gua diberitahu oleh mereka , bahawa mereka ini dilatih untuk berjidal ,
gua terkejut dan runsing mendengar penjelasannya , runsing kerana mereka diterima ramai diatas alasan melawan golongan musyabbihah , ternyata kerunsingan gua berasas kerana beberapa minggu selepas itu , mereka menghunjam lembing kekufuran kepada gua , penghunjam itu ialah orang yang menceritakan motif golongan ini pada gua .

Tiada kegilaan yang lebih gila dari kegilaan ini , itulah kata kata yang mampu gua sampaikan , apa normalkah orang yang berjuang islam berusaha untuk mengkafirkan ummat islam ?, apa tidak gilakah orang yang mengaku mahu menyelamatkan akidah ummat , namun mencari dalil dalil untuk megkaferkan ummat islam ?, padahal ada dalil dalil yang boleh menyelamatkan ummat islam dari kekufuran .
Yang hairannya mereka bertempik tempik berkata "aku berjuang untuk ALLAH dan haq" , tapi pada masa yang sama berusaha menambah bilangan pengkafiran .

Sekali lagi gua teringat cerita mereka yang begitu bersemangat mengislamkan orang , pasti mereka kecewa dengan sikap anak bangsa mereka yang berusaha mengeluarkan ummat islam dari agama islam . Mereka berjuang , berdakwah kerana mengharap ganjaran dan redho ALLAH bagi setiap orang yang berjaya diislamkan .

Benar hairan ......Entah apa ganjaran yang dijanji bagi seorang islam yang berjaya dikaferkan , gua masih tidak tahu , sehingga ada yang mati matian terbongkok bongkok mencari hujjah untuk mengkafirkan ummat islam . HABIS.....

**gua begitu berharap tiada lagi yang terperangkap dengan helah mereka , yang kononnya mahu menyelamatkan akidah , padahal lebih parah dari yang mahu diselamatkan**

Monday, November 8, 2010

KAFER..!! KAFER!!.....


Budaya apa yang berlagu , sungguh jelek iramanya , "kau kafer , kau yahudi , kau nasroni " liriknya pernah gua dengar ketika menjalani kitab faridatul faraid , kata guru "itulah kata kata yang menjatuhkan seseorg dalam lembah kekufuran " , didalam hati gua sering memikir , pasti kata kata itu sukar untuk dilafaz .
Terkulat kulat gua bila pertama kali dalam 24 tahun gua hidup di dunia ini dikata sebagai kafer bersama ketawa tekekeh kekeh . Turun dari perut ibu , gua diazan dan diiqomah ditelinga kiri dan kanan , garau dan lembut suara ibu dan ayah gua bercampur campur ketika mendodoikan ilmu ilmu tauhid dan syariah di selang selang dgn ilmu tasawuf di telinga gua , makan minum dan segala jenis kehidupan gua diajar mula dengan nama ALLAH tuhanku yang esa .
Segala kenangan itu seolah bertalu talu menyerang gegendang fikiran gua , manakan tidak... ketika sedang mengatur ngatur mencari peluang untuk menambah kekuatan ummat islam , ketika membayang berpusu pusu manusia menyambut seruan islam , tiba tiba gua di buang islam bersama ketawa mengejek , KEGILAAN apa yang berlaku..!!!

MENCARI PUNCA
Bersama ucapan syahadah yang diulang ulang , gua mencari punca kegilaan ini , NAH... begitu terkejut melihat pekata kata itu ialah mereka yang mengaku ahlussunnah , katanya berjuang mencari yang haqq , bersama kekagetan gua bersoal jawab dengannya .

"mengapa kau kata aku kafer " Gua

"kerana kau takut untuk kata kafer kepada Nik Aziz " si pejuang

"waah...aku memang tidak berani ,bukan takut pada beliau tetapi takut pada tuhanku " Gua

"lihat.. kau kafer.. kau membela mujassimah " si pejuang

"aku memegang manhaj azhari , tidak boleh gopoh dlm bab mengkafir " Gua

Ada seorang mencelah " sudah lah , usah berkelahi " katanya penuh lembut

"baik tuan " gua masih marah tapi malu

"jangan menyampuk..kau juga wahabi.. kau kafer " si pejuang

"eh org gila..apa kau tidak takut pada kata2 mu " Gua

"kau yang gila , kau kafer , kau membela Nik Aziz , dia mujassimah" si pejuang gila

"mujassimah itu ada dua , sorih dan tidak sorih , dan hukum padanya berbeza " Gua

"kau jahil..kau kafer,,, sambil membawa dalil** " pejuang atau pengkafer
**dalilnya seperti yang gua tulis didalam post menyucikan apa yg tidak layak **

"dalil dalil itu telah dibahas oleh ulama' mua'soroh dan mereka telahpun membuat fatwa " Gua

"tunjukkan kata2 ulama' " pejuang

"kejap...*membawa kata2 imam nawawi dan izz bin abd salam** " Gua

"ah...kau tidak boleh dipercayai , kerna kau musuh aku " pejuang

"bukalah kitab tuhfatul murid atau sughrotul sughro atau fatwa seikh ALI JUMAAH..(mufti mesir) insyaallah kau akan jumpa " Gua

"ah...kau kafer..kau lawn ijma' , kau perangai mcm yahudi " pejuang

"hati2 dgn kata kata mu " Gua

"kau kafer .." pejuang

Gua terus berlalu dengan hati yang sedih , sedih kerana beberapa sebab.. sdeh kerna kasihankan perjuangannya .. sdeh kerana dikata kafir...sdeh kerana akan bertambah pengikut pengikutnya .

MANHAJ AZHARI TENTANG MUJASSIMAH

1..
Mengatakan ALLAH bertempat atau beranggota seperti makhluk..hukumnya kufur secara ijma;
2... mengatakan ALLAH bertempat atau beranggota tetapi tidak deketahui bagaimana dan tidak sama dengan makhluk hukumnya berdosa pada kata katanya , kerana memberi kesamaran kepda org awam

Tambahan***
berkata Al Izz bin Abdussalam " ketahuilah org yang beri'tiqod allah di atas tidak kafir dan telah berkata Al imam AL Nawawi adalah bagi org awam..
dan telah menjelaskan ulama'2 bahawa tidak kafir mereka yang beri'tiqod allah di atas tetapi kafer jika beri'tiqod tuhan dibawah , kerana rendah dan hina .

Teringin nk tulis panjang lagi ...tapi rase malas pulak.. insyaallah nk sambung lagi...
sbb tgh marah..takut terikut nafsu ammaroh...hehe
wassalam...

Tuesday, October 26, 2010

Siapa FITNAH Siapa


Mengetap bibir marah barangkali pengemis itu , zaman ini zaman fitnah getus hatinya , kelmarin hasil tadahannya membukit , hari ini tidak melepasi tara tempurungnya .. zaman ini zaman gila , manusia sudah hilang timbang rasa , di lempar tempurung keramatnya , bersepah hasil tadahannya banyak yang hilang .
Seorang yang melalui jalan tersepak tempurung kotor pengemis , ah~ fitnah zaman , peminta yang membentak pemberi , seorang itu terus berlalu dengan sorotan benci pada si pengemis... zaman ini zaman gila..perkataan terima kasih sudah dilempar dari kamus hidup manusia , disimpan kembali harta yang sepatutnya mendapat balasan yang berlipat ganda dihari pembalasan kelak .

Kata mereka zamanlah yang menfitnah mereka , kata mereka lagi inilah zaman yang dijanji oleh rasulullah , inilah zaman ulama' tidak lagi boleh dipercayai , segelintir berkata inilah zaman dimana ulama' akan dipandang hina dan orang jahil lagi gila akan dipuja puja .

Bersabda kekasih ALLAH " jangan kamu hina masa (zaman) kerana masa ialah ALLAH , ertinya ALLAH lah yang mencipta akan setiap zaman " .
Zaman yang berlaku desekeliling manusia itu haruslah dilihat dengan mata yang lapar . lapar akan peluang peluang mencari kebajikan , janagn jadi seperti PENGEMIS DAN ORANG YANG TERKENA TEMPURUNG .

Gua sering teringat pesanan ayah waktu melentur rebung falsafah gua , "zaman yang berlaku dikelilingmu bukanlah kerjamu , yang di tanya dihadapan tuhanmu apakah yang dilakun olehmu pada zaman itu , sepertimana hujan yang turun lebat dikelilingmu bukanlah untuk dicerca atau dibicara fitnahnya tetapi untuk diambil manfaatnya , kerana orang yang beruntung mereka yang mencari bekalan untuk hari yang tidak ada lagi pencarian .

Duhai yang bernama manusia , zaman tidak pernah fitnah kita , jangan kita fitnah zaman ...

Hari ini gua menyelongkar kenangan kenagan gua yang dulu dulu...ehe.. gua terjumpa satu tulisan gua yang sudah lama , terbangkit otak gua menulis hal di atas , gua teringin kongsi bersama walaupun kelihatan teruk aturan iramanya...

kelu lidah hati
gerak jasad itu palsu
pohon pohon jadi saksi
serngga itu penipu

mahu tipu siapa
pohon atau tuanya
tuan pohon juga
ialah tuan serangga

sakngka dirinya bijak
hati serngga tertipu
tahi di sangka syurga
dikuis keluar masuk lagi

ehe~ nk gi kuliah...da lewat wooo

Saturday, October 16, 2010

Kelana sang mujahid


Lelah kelopak mataku
aku tak bisa berdiri lagi
ada rasa indah dalam lelahan
tiupan semboyan
alunan derap kuda
gemersik laungan pejuang
kian menghilang
tiada lagi suara lunak takbir
hendak ku tempik
mulut ku bisu
kerongkong perit
bergelut darah dan roh

Beribu kepak memayung
merah tangan yang mengapai
kecil , halus , mulus , riuh
aku mahu kesana
bersama muda mudi maha jelita
biarkan ku pergi
jangan halang
darahku yang mengalir
menjadi saksi
saksi cinta
saksi rindu pada tuhanku

Biarku berkelana disini
membuang penat lelah
kerana bola mata ini
telah teramat lelahnya
biar sungai sungai syurga
membasuh luka lukaku
bersama hilai tawa sang bidadari

OTAK GUA
Arma cairo
pagi ahad

Monday, September 20, 2010

PAKSI YANG DICABUT


Menbeleskan mata melihat anak anak muda Islam yang terkapai kapai mencari erti kemanisan Islam merupakan satu kekejaman ilmiah yang mendukacitakan .
Kesibukan golongan ilmuwan melumati fiqh dan meminggirkan tasawwuf menyebabkan hilangnya kemanisan iman dan islam yang amat istimewa , menjadikan seolah olah Islam sebuah agama yang berbicara tentang ahkam semata .

Lupakah ummat Islam yang Islam itu berpaksi dibawah tiga paksi besar , IMAN (TAUHID) , ISLAM(SYARIAT) dan IHSAN(TASAWWUF) sebagaimana yang warid didalam hadis riwayat sayyidna Umar R.A .

Ramai yang tahu zina itu haram tapi tak tahu berapa beratkah hukuman zina yang dijanjikan ALLAH..tahu haram berpeleseran tapi xtahu balasan yang di janji.....

Membina khauf(takut) kepada azab ALLAH merupakan terapi yang amat berkesan kepada hati manusia yang keras . Di dalam ayat quran sentiasa di iringi cerita dosa dengan janji janji balasan yang amat pedih , inilah yang dikatakan tasawwuf yang sekian hari dipinggirkan dari sanubari anak anak islam .
**khauf adalah tingkat permulaan dalam tasawwuf islam **

Melihat kebejatan sosial yang berlaku dikalangan ummat islam sudah setara dengan kuffar , adakah kerana si pelaku tidak tahu adanya halal haram...? tipu...
Mustahil ada manusia yang tidak tahu zina itu hukumnya haram...tetapi mengapa ia masih dilakukan ?
Jawapnya kerana sudah luput satu paksi atau tiang utama dalam hati hati ummat , melihat tasawwuf sebagai satu perkara yang hanya berlaku ketika ibadah , adalah satu bentuk pemikiran yang dibentuk oleh kuffar untuk menjatuhkan ummat islam .

Bagaimanakah penerapan tasawwuf berlaku ...Di dalam quran diceritakan satu persatu gambaran azab bagi si maksiat...bagaimana keadaan mereka ketika dipadang mahsyar diceritakan akan luruh kulit dan isi muka pendosa , malu kerana dibentang aibnya disana .
Diceritakan juga keadaan pelaku yang baik amalannya , bagaimana dimasukkan dalam syurga , diceritakan gambaran bidadari dengan ditil satu persatu .
Padahal boleh saja kalau ALLAH menyuruh itu dan ini tanpa cerita balasannya kerana dia raja dan kita ini hambanya , kita miliknya .

Gua teringat dulu ada seorang teman yang suka membawa perempuan pulang , suatu hari terserempak gua , gua cerita kat dia ada sepeasang penzina yang disambar petir dan mati ketika melakukan , kedua mayat tu tidak boleh dipisahkan dan ditanam bersama ,,,,, teman itu terdiam dan menyata hasratnya untuk hantar balik perempuan gendongannya.. aha,,itu contoh...

Cerita azab dan nikmat perlulah diulang ulang selalu , kerana perkara yang diulang akan melekat dihati...

Aha..lupa gua nak cerita ..maksud ihsan itu ''Menghambakan diri kepada ALLAH seolah kita melihatnya , jika kita tidak mampu(berfikir begitu) ketahuilah ALLAH sentiasa melihat kita .

***nok wat masuk dalil , mls nok naip arab..aha...sekodar tu jah la**

Friday, September 10, 2010

Cerita Raya


Menghabiskan baki puasa yang tinggal sehari , hati gua gundah gulana , manakan tidak .... Bulan romadhon yang dikata guru tarbiyah terulung gua tinggalkan dengan bersahaja .
Dua puluh sembilan hari dihabiskan masa bersamanya , iman gua seolah ditahap yang sama malah terperosok jauh , ketika bersama tuan guru romadhon ketika musuh gua dirantai hati kotor gua masih dilumuti dosa dosa yang kotor , bagaimana pula perjuangan tanpa guru berserentak dengan pembebasan musuh musuh yang bercambah , mereka itu penuh dendam pada gua .

Gua takut , runsing , rasa lemah , sesal kerana latihan guru gua perleka dengan hati yang kering .
Duhai guruku romadhon
Ingin ku tahan mentari
biar kekal hari ini
aku ingin terus bersama mu
biarpun susut belulangku

Hari yang semakin meneduh melihat alam semakin ceria menyambut tetamu istimewa syawal atau alam sebenarnya ceria kerana majlis wida' bersama si guru Romadhon....Gua tidak pasti .

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR....tuhanku yang maha besar , tuhanku yang maha besar kusanya...
LAILAHA ILLALLAHU WAHDAH..SODAKO WA'DAH,,, WANASORO ABDAH... WA A'AZZAJUNDAHU WAHAZAMAL AHZABAWAHDAH.... tuhanku yang satu...benarlah janjinya ,
yang memenangkan tentera tenteranya...yang menghancurkan kesatuan ahzab..

Sekuat hati gua laungkan takbir biar gentar musuh musuh gua yang baru terlepas dari penjara , gua gagahkan suara penuh harapan untuk mengahancurkan si syaiton sebagaimana hancurnya tentera bersekutu ahzab ditangan pejuang pejuang islam , laungan keras bersama air mata yang lemah .
YA TUHANKU
Inginku keraskan suara takbir
biar runtuh langit dosaku
agar turun rahmat mu
menyuburkan hati kegersangan

Melihat sinar mentari yang sama bersama rakan seperjuangan membuat hati gua sedikit terubat kerana mereka juga bermusuh dengan musuh gua .
Duhai teman
gapai tangan gua
andai gua lemas
keraskan sura mu
andai gua tidur....

SELAMAT HARI RAYO SUMO SUMO....... MAAF ZAHIR BATIN...SELAMAT BERJUANG

Saturday, August 7, 2010

YA SAYYIDI IBNU RASULALLAH

Ya sayyidi keponakan rasulullah
kau yang mulia sesudah rasulullah
rinduku padamu
rindu pengemis pada kekaseh
demi kemuliaan jadd mu
rindulah padaku

YA sayyidi
semalam aku bermimpi
nur iman pada wajahku hilang
maqom Hussain tidak kau ziarahi
kata seorang tua yang berwajah gemilang

YA sayyidi Hussain
maafkan ummat jadd mu
ingin ku cari cahaya
dari pinggir semadian mu

OTAK GUA
ARMA
pagi sabtu
SYA'BAN

Tuesday, July 27, 2010

JIJAK DAN PIJAK (post ulangan)


Keris diangkat beserta laungan membela bangsa dan agama , ''takkan Melayu hilang didunia'' kata lagenda hang tuah yang dicuri oleh penginjak bahasa dan bangsa tanpa perasaan malu kepada dodoian ibunya yang bersuara Melayu .

''Kita bangsa Melayu gemar memohon maaf dan memaafkan'' ,

Seorang manusia pada suatu hari dibogelkan lalu membuat aksi bangun dan duduk kerana dipaksa sang Melayu .
"kita bangsa melayu yang bermaruah tak akan membiarkan kejelekan ini terlepas , cari Si Melayu yang fe'el kotor itu , kita hinakan dia '' tempik pembela maruah Melayu sambil mengira ngira hadiah dan rombongan memohon maaf kepada keluarga si bogel yang malang .
lutut diturunkan di Tanah besar Cina mengangkat berpuluh puluh jari Melayu tanda maaf dipohon kerana sangkanya sibogel yang malang itu orang Cina . ''inilah bangsa kita melayu yang tidak segan memohon kemaafan'' cerita seorang Melayu kepada anaknya , bangga.... ''orang yang memohon maaf itu pemimpin kita''tambahnya lagi

Entah angin dari mana bertiup kencang memecahkan rahsia , sibogel malang itu sebenarnya bangsa melayu yang terkenal dengan tinggi maruahnya .
Pembela melayu yang bermaruah itu menjuihkan bibir tanda kesal ,bukan kesal kerana maruah melayu yang diinjak tapi kesal kerana tenaga fikirnya diperah hanya kerana seorang perempuam melayu yang dibogel .
''Apalah sangat maruah seorang perempuan melayu , dibogel bukan satu perkara besar , perkara itu adalah satu prosidur perpolisan'' sudah hilang sifat memohon maaf kebanggannya kerana yang dijijak maruah itu orang melayu yang murah harga maruahnya .

Tangis malu kelurga si bogel malang itu mahu mencari simpati dan hadiah , kata penbela melayu dengan bongkak , esoknya keris diangkat lagi sambil melaung bangsa melayu akan terus dijaga....
Fikirnya melayu mudah lupa....

"Nanti aku akan terus menjijak dan pijak bangsa melayu sampai runtuh kerana melayu takkan maju jika terus berpegang dengan budaya orang orang yang dijajah" rancang si pembela melayu
''orang melayu tidak akan fikir kerana mereka mundur'' fikirnya

''Bahasa melayu tidak sesuai lagi , kita mesti memakai bahasa inggeris kalau mahu maju'' kata seorang tua kepada anaknya , maruahnya sudah berjaya dijijak oleh anjing yang bertopeng pembela bangsa .

herm...gua harap orang akan paham....

Tuesday, June 29, 2010

Jangan kecil hati


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.......

Puas gua memikir kata kata yang terbaik bagi menterjemahkan gelora jiwa gua yang seolah olah tidak akan surut andai tidak dilontar , kacaunya jiwa takut gelora ini akan menghentam dan memecahkan hati pejuang2 .
Benar gua bangga dan teruja melihat anggunnya akidah ahlsunnah yang kembali mekar setelah sekian lama dibiar layu dihati manusia . Wangiannya seolah olah sudah disedari dan mula meresap ke hati hati yang sudah lama dahagakan kebenaran .
Dari kerana itu gua melihat kabangkitan jiwa jiwa yang begitu bersemangat mempertahan dan menyerang musuh musuh ahlusunnah sehingga ada yang keterlaluan melontarkan panah kekufuran kepada sesipa sahaja yang disangka menyalahi akidah alusunnah .
ingin gua mengingatkan bahawa panah kekufuran itu ialah sejenis panah yang melantun kembali kalau salah sasarannya sebgaimana pesan junjungan من كفر المؤمنىن فهو كافر "barangsiapa yang mengkafirkan orang mu'min maka dia kafir" .
Tidak sesekali berniat untuk melemahkan semangat perjuangan jiwa jiwa yang bangkit ini , sekadar mengingat , kerana dikatakan perjuangan tanpa rasa kebimbangan adalah perjuangan yang berbangsa nafsu dan tipudaya setan .
otak gua mengatakan adalah terlebih baik kita mengatakan pegangan segini atau segitu kufur tanpa kita mengatakan si anu si anu itu kufur .
Melihat pada suatu hari ada seorang yang begitu bersemangat berbicara tentang kekufuran terhadap wahabi , ditanya padanya siapakah wahabi dan mengapa dia kufur , terdiam orang yang berbicara , barangkali memikirkan hujjah lalu kemudiannya meneruskan bicara , katanya wahabi itu si fulan bin si anu , dia kufur kerana mujassimah .
Kerut pada dahi si penanya itu gua bayangkan tentu berfikir benarkah si fulan itu wahabi padahal si fulan itu mengaku menolak wahabi , yang kedua dia tentu berfikir bagaimanakah yang dikatan mujassimah yang kufur itu . habis cerita

** Begitu berharap teguran gua ini tidak menguris hati pejuang pejuang , padahal tujuan kita adalah sama iaitu menyelamatkan ummat islam dari terjerumus kedalam lembah kekufuran secara sedar atau tidak .

** meraikan komen otak gua...pertama gua ingin menyatakan jangan jadi seperti orang buta yang mengamuk kerana mahu melintas jalan , kerana kebodohannya terserlah dan jalannya payah ditunjuk orang (jaga adab der , lu dah la mintak orang tunjuk jalan ) habis....
Pegangan imam2 mazhab feqoh tentang ayat mutasyabih.....
1. Di tanya imam Ahmad bin Hanbal tentang istiwa' maka katanya "istiwa' seperti dikhabarkan (quran) tidak seperti yang disangka manusia .
2. Di tanya kepada imam Syafie' maka berkata " aku beriman tanpa tashbih ( menyamakan dengan makhluk ) dan aku membenarkan tanpa membuat perumpamaan . rahimahullahataala .
3. Di tanya imam Abu Hanifah maka dijawapnya " barangsiapa yang berkata aku tidak tahu samaada Allah di langit atau di bumi maka jadi kafir , kerana mensabitkan tempat bagi Allah .
4.kata imam Malik " istiwa' seperti yang sedia maklum , bagaimana tidak deketahui , soal( bercakap) tentangnya bid'ah . WALLAHUA'LAM ....

Pasni gua da tanak layan komen2 yang berbangsa tidak sopan.....

Sunday, June 13, 2010

MENYUCIKAN APA YANG TIDAK LAYAK BAGI ALLAH

bismillahirrohmanirrohim....
al rohman (pndangan rahmat dari Allah) al rohim(pandangan belas kasihan)

mngharab belas dari Allah , gua cuba menterjemah apakah pegangan Ahlussunnah tentang ayat mutasyabih (ayat yang pada zahirnya memberi kesamaran) .
memulakan dengan mngenalkan apa kah makhluk ( ma siwalloh , apa apa yang selain dari Allah )
kerana berfikir kepada makhluk mngenalkan kita kepada pencipta . habis

"jisim ialah barang yang berdiri dengan zat " maqulatul 'asyar...
"arodh ialah barang yang menumpang pada zat "
amrun i'tibari pula ialah perkara yang bangsa faham dan reti

contoh" seekor kambing dihadapan kita , diri kambing itu (jisim ) warna kambing dan gerak kambing itu (arodh ) adanya dihadapan kita ( a.i'tibari ) di sebut juga jihah .
wajib menyucikan Allah dari sifat2 makhluk .
"laisa kamislihi syai' " tidak menyerupai Allah dengan sesuatu . habis

"jika di tanya bagaimanakah Allah , tida mengetahui seorang pun akan zat Allah "
"Jika ditanya dimanakah Allah jawap oleh mu Allah itu tida bertempat " syeikh ahmad daud meriwayat dari kata kata Al imam As Syafie'

berkata sayyidina a'li "tidak boleh ditanyakan di mana Allah '' imam Qusyairi , dalam risalah qusyairiyyah.
"Allah ada(wujud) sebelum wujudnya tempat , dialah yang mencipta tempat " al imam abu hanifah , fiqhul absat .

Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti (W. 911 H) berkata menerusi kitabnya al-Ashbah Wa al-Naza’ir :
"قال الشافعي: لا يُكَفَّرُ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ. وَاسْتَثْنِى مِنْ ذَلِكَ: الْمُجَسِّمُ وَمُنْكِرُ عِلْمِ الْجُزْئِيَّاتِ".
Maksudnya:

"Al-Syafi`e telah berkata: "Tidak dihukum kafir ke atas mana-mana daripada ahl al-Qiblat. Terkecuali dari hal itu ialah mujassim (orang beraqidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat".

berkata imam ibnu taimiyah ketika mentafsir ayat istiwa' dan yanzulu robbuna , " Allah duduk di langit turun kebumi pada akhir malam " mafhum dari majmu' fatawa
berkata imam imam ahli sunnah , ibnu taimiyah telah keluar dari ahlussunnah , antaranya seikh muhammad alfarghoni , riddu ibnu taimiyah fil iktikod , menambah imam imam lain dengan mentakfirkan akidah ibnu taimiyah sprt al imam Alaudin al bukhari al hanafi .

perhatian , kata Seikh ibnu hajar , Ibnu taimiyah telah bertaubat dari akidahnya dan mengaku sebagai a'syiroh dgn katanya "ana aya'iroh " darul kaminah ( ulama' mgharuskan to'nu( cerca) ibnu taimiyah kerana masaalah akidah yang besar bahayanya . habis

Al imam Al Ghazali ketika menjawap tentang istiwa' sebagai duduk yang tidak diketahui kaifityat mggariskan tiga perkara
1. kalau allah itu di arasy pasti ada had nya , kecil atau sama besar dgn arasy....yang lain buka sendiri Tauhid fi fikril imam Ghazali

penerangan ..... mnterjemah istiwa' ala arsy sebagai duduk atas langit tanpa kaif bererti menyandarkan perkara2 baru kepada Allah
1.bertempat
2. berjihak ( atas)

Salaf menyerahkan makna kepada Allah selepas tanzih ( menafi apa yang tidak layak bg tuhan )
salaf juga mentafwidh ( serah ) makna ayat kepada Allah bersama ilmu
khalaf menta'wil dengan meletak makna yang layak bg Allah seperti istiwa' dengan isti'la'

Gua melihat kalaulah mahu memahamkan ummat tentang makna ayat perlu digunakan cara kholaf , kalau mahu guna cara salaf menyerah terus mkna pada Allah tanpa terjemah . wallahua'lam .

perhatian .susulan dari tulisan gua yang lepas* Tidak pernah mengatakan Nik Aziz dengan kufur , hanya menaqol kata kata ulama' yang menghukum kufur dengan akidah mujassimah
bererti akidah itu tidak boleh sama sekali di pakai oleh orang awam , adapun tok guru boleh disangka dia tahu dan telah pun tanzih pada zihinnya( fikiran ) dari perkara yang tidak layak bagi Allah .wallahua'lam

meraikan comment yang tanya apakah ahlu sunnah wal jamaah , " iza utliqo ahlussunah waljamaah tufidu asyairoh wal maturidiah " akidah tohawiyah syikh Umar Abdullah Kamil

Jutaan terima kasih kepada komen ayahanda ana ust Abdul Aziz ( mudir Pondok Bukit puteri )
doakan anakmu

semoga Allah memberi kekuatan faham dan amal

ape2 pom gua cau dului...komen lain maleh nak jawab...blog gua yang lepas sudah menjawap

Tuesday, June 8, 2010

Ketaksuban Yang Membunuh Minda


"Fahaman dia itu wahabi , dia menisbahkan tuhan dengan perkara baharu "
"Jangan menuduh ulama' sebegitu , dia pasti ada alasannya "
"Tapi kita punya dalil , ulama' ahlisunnah mengkufurkan akidah segitu "
"Hey orang jahil , sipa kamu untuk menuduh nuduh ulama' , dia lebih a'lim dari kamu"
"aku kasihankan ummat yang terjahil dek kejahilan yang dibubuh nama ilmu , kufur perkara tidak boleh ditasammuh "
"kata katamu itu walaupun kebenaran akan memecah belahkan jama'ah islam , ummat perlukan jama'ah "

Rantai pertuturan yang membunuh keluasan minda sebegini sudah masyhur , kononnya mahu membela ulama' , hakikatnya membakar segala garisan ilmu yang digariskan ulama' mujtahidin , malah merupakan lngkah permulaan menjadi ulama' su' ( ulama' bisu jahat ) .

Kacaunya jiwa kerana penuturnya ialah pengejar pengejar ilmu , bicara ini sepatutnya ialah satu najis yang wajib dibersihkan dari mulut yang mengaku ilmu adalah cahaya suluh hidup .
kerana bicara sebegini akan memadam cahaya kebenaran lantas menghumban ummat ke lembah sesat yang gelap penuh duri racun .

Menganggap akidah harus tunduk kepada syariah siasiyyah adalah satu kebejatan pemikiran yang sudahpun dibahaskan ulama' mutaqoddimin , apa bergunakah jama'ah tanpa akidah yang sohih , relakah kita pergadai akidah demi membela seorang yang bergelar pimpinan .

Bukanlah bererti membakar rumah hanya kerana membakar kotoran dari rumah , jangan kecilkan jiwa , walaupun tilam itu kesayangan rumah , tapi ia sudah merbahaya kerana dipenuhi kala yang bisa membunuh ahli rumah .

Gua sayangkan jama'ah , juga teramat sayangkan ummat yang berjuang demi jama'ah , tidak pernah merasa perlu untuk tinggalkan jamaah , dasar dasar jamaah ialah dasar yang digariskan ulama' ahli sunnah berpandukan masdar masdar islami , wajib kita perjuangkan keakhir nya .

Membiarkan pencerobohan akidah merupakan pengkhianatan terhadap amanah ulama' juga merupakan pengkhianatan kepada jama'ah .

jangan merasa silau hanya kerana tingginya lawan , nanti kepala kita mudah di tojok....

***dalam hati gua penuh pengharapan agar TGNA membetulkan kembali keserongan buatannya , demi ummat islam , demi jama'ah , demi jiwa jiwa yang sudah celaru,,,******

Asal nya gua mahu berscerita tentang tahalluf siasi , OTAK GUA berat mengatakan perkara ini lebih besar manfaatnya....

ALLAH LAH YANG MAHA TAHU
MANUSIA ITU KELUAR DARI PERUT IBUNYA TANPA SECEBIS TAHU...

Wednesday, June 2, 2010

Apakah yang disanjung


Beberapa orang teman gua yang bertanya tentang soalan yang apa pun jawapannya pasti menguris jiwa gua yang teramat kalut . "Apakah benar nik aziz itu wahabi , apakah kita tidak lagi perlu menyokong pas dan siapkah yang patut di sokong ".

Membuang jauh jauh persoalan ini , bererti penzaliman kepada jiwa dan pemikiran gua yang tersengguk sengguk memikir .

menjenguk apakah itu wahabiah . mereka ialah golongan yang membantu raja makkah dalam perebutan takhta , lantas mendapat mandat menyebarkan fahamannya secara tuntas .

Menyandarkan perkara perkara baharu bagi ALLAH seperti mngatakan ALLAH itu mengambil ruang ya'ni mentashbihkan ALLAH itu berjisim (mujassimah) , mentafsirkan ayatullah dengan tfsiran cara mereka sehingga memesong jauh dari landasan , menunding jari bid'ah kepada amalan amalan ulama' sprti mengatakan haram bagi sambutan maulidurrasul .

demi meluaskan pegangan sonsang mereka , nyawa ahli sunnah dikorbankan tanpa hak , mengulang kembali kezaliman muktazilah .



"Arasy itu tempat bagi ALLAH , bersila disana laksana raja , bagaimanakah bersila nya Allah tidak diketahui kaifiyatnya (cara cara2nya)" mafhum dari kata kata Nik aziz dalam ceramahnya , lahirnya nabi tidak ada kaitannya dengan manusiawi , tiada bezanya denagn mamat mamat dikampung kata nya . Gua tidak tahu siapakah mamat yang disamakan dengan Habiullah yang mulia itu , barangkali mamat dihadapan rumah gua , barangkali mamat yang berkerjaya sebagai rempit di jalanan .

Intipati kata katanya berupaya menghancurkan akidah ummat yang sudahpun sedia merangkak . Persoalannya wahabikah dia .......



Gua melihat di situ hanya ada dua pendapat , pertama ya ,dia wahabi , kedua tidak , dia bukan wahabi , jawapan ketiga tidak gua temui walaupun dicari dalam mimpi .

Apa pun jawapannya dia merbahaya , kalaulah dia bukan wahabi beerti akidah nya ciptaan terbaru seorang mursyidul yang pasti menjadi turutan , kalau wahabilah dia , semjata wahabi sudahpun beroperasi dngan lancar menunggu masa . Gua cukup takut sejarah berdarah Makkah menjadi tetamu di negara kita .

Siapakah yang mesti di sanjung kalau bukan dia? jawapan nya sanjungan itu pada yang benar . habis

Mengitai ngintai sejarah PAS , sebuah parti yang memperjuangkan negara yang islam yang ahkamnya islam , muamalatnya syari' , pedokongnya bersilih ganti politikus , tok guru , ulama' moden dan sekarang ....masih lagi ulama' walaupun ada yang ular mamak segelintirnya .

melihat pencerobohan akidah ummat islam hari ini dengan pandangan taat , kemana hilangnya semangat al quran dan sunnah yang teratas , kini sudah jadi mursyidul adalah yang teratas , sudah keringkah semangat dahulu .

Menjadi rakanan pakatan rakyat atau nama manjanya PR , dengan berbekalkan tahalluf siasi sebagai hujjah, benarkah ianya realistik atau hanya mainan seorang yang sudah jemu kalah , lalu mencuba strategi yang tergopoh gapah , sudah luaskah langkahan PAS untuk melangkah mayat Karpal singh yang agak besar tubuhnya itu .

bangunlah kamu memerhati dengan mata yang sedar , jangan beleskan mata kerana tunduk taksub , perjuangkanlah dasar dasar kita yang sudah lemau ditinggal , jangan jadi seperti kata pepatah " ayam terlepas tangan lekat tahi " .

Apakah yang di sanjung.....? pasti al quran dan sunnah , firman ALLAH " la yattikhizilmu'minu nalkafirina auliaa mindunil mu'minin.......... .(janganlah orang orang mu'min mengambil orang2 kafir menjadi wali (pembantu) daripada selain mu'min. ) kalau lah ianya di lakukan juga , Allah tidak akan membantu walau sedikit pun , itu janji Allah di tengah ayat atas* bab tahalluf siasi gua akan bicarakan nanti insyALLAH .





Gua ini seorang faqir yang berlagak kaya , bantulah gua semoga pertaruhan gua mendapat keuntungan.....

kalau xjelas pertanyaan dialu alukan , kerana bab ini lembut yang mudah cariknya...



mitok driri dulu la neh,,,^^

Sunday, May 30, 2010

Gatal tangan

salam.......
gua sebenar nya tak tahu nak tulis apa , tapi tangan gua jadi gatal nak menulis jugak..hahahhaaha
teringat sebuah cerita tentang seorang budak yang di tanya mengapa dia menangis sewaktu sedang berwudu' .

Seorang tua "hai budak , kenapa engkau menangis , sedangkan kau masih kecil , sedangkan diri kau masih suci dari dosa "
Budak kecil " tadi aku melihat ayah yang sedang membuat unggun api , di letaknya kayu kecil-kecil dahulu kemudian dibakar yang lain nya " .
"aku berfikir tuhan akan membakar orang keci dahulu dari yang lain..kerna kayu api bagi neraka ialah manusia"..
Seorang tua itu menangis , di ceritakan orang tua itu menjadi wali allah...

bila gua teringat cerita ni gua fikir banyak perkara , antaranya masih adakah pemikiran begini di hari ini , yang bengong sikit gua fikir mampukah gua mendidik anak sebegini , bagaimanakah cara nya , padahal gua sendiri tidak sampai sebegitu jauh pandangan .



huns huns,,,orang yang paling bijak ialah orang yang berfikir kehidupan selepas mati....

tangan gua dah tak gatal..hahahahaha

Tuesday, May 25, 2010

Tangan yang menulis


tangan menulis
bergelora nafsu
ammaroh
lawwamah
mutmainnah

waswas bertanduk
ilham suci
beraduk aduk
suka dan benci

suka hati nya
bergerak tangan nya
sedih hatinya
kosong kepala nya

gua nak stop dlu...nak pereksa..
doakan gua... semoga peroleh kejayaan

hai tangan
kau punya tugasan
qudroh mu
di tagih
kulfah mu
di persoal


arma cairo
pg rabu

Monday, May 24, 2010

GUA....... benci.... LU


waktu gua cerita kat dia , ada orang sakit kan hati gua , dia salahkan gua , kata nya gua yang tak memahami perasaan orang .
" Ah...sahabat jenis apa ini , dia fikirkan perasaan orang lain , sakit hati gua dia tak pernah fikir , gua benci kat lu"

Bila gua sudah memahami persaan orang lain , hati gua benar2 tak sakit lagi . "terima kaseh sahabat , rupanya ilmu yang lu tinggal kat gua .

Satu hari , gua bercakap dengan dia , penuh harapan agar ada balasan , dia tak endahkan gua . sedih....kecewa...dalam hati gua dialah sahabat yang tidak pernah memahami hati seorang gua , ''wey kawan,,,busuk2 gua pom , sahabat lu jugak ''

Bila gua perlukan seorang teman , gua dah tak cari sahabat , gua mengadu pada yang mencipta , hati gua benar2 tenang , gua sudah faham yang namanya teman itu tikar doa , dia yang mengajar gua , manusia itu bukanlah tempat mengharap .

Gua masih ingat waktu di KLIA , dia pegang erat tangan gua , gua buat2 tak tahu , dia hanya tersenyum di mata nya ada warna pilu ,dalam hati gua juga ada warna yang sama , hati kuat masih keras(rock) , ada keinginan berpelukan dengan dia seperti teman2 yang lain , tapi gua takut dia buat perangai gila , malu der.... dia dtg bisik kat gua "kalu lu igt kat gua , gua sepuluh kali igt kat lu" , "hahahaha" tu je jawapan gua .

"kawan , hari ini gua teringat kat lu , gua dah tak benci kat lu , harap2 lu tak lupa janji hari tu"

kalau gua jumpa dia , satu ja gua nak cakap kat dia " de , lu memang guru terbaik"

Saturday, May 22, 2010

AZIMAT PEREMPUAN TIMUR

Dia seorg yang gemalai , budi nya penuh kelembutan , bara api mainan harian nya di ceruk dapur, senyum penuh ke ikhlasan
Tulus perempuan timur jangan di permain , kerna hati nya punya azimat .

kelmarin gua berjalan di pentas naluri manusia , gua terjumpa satu azimat milik perempuan timur ,
gua pasti pemilik nya pasti gagah


azimat seorang timur

'indah rupamu lunak suaramu'
puji perangkap yang kau tabur
dalam sesaat mengenali kau mula meneguk
ingin memugar harapan
coba untuk menggari aku dengan dengan dusta2 ulumg sang pemburu

Aku perempuan timur yang masih menjunjung adat di jemalaku
tidak akan bisa untuk terus melatah
aku bukan rakus , gelojoh dan kemaruk untuk terus menjana kasih
lupakan angan mu tinggalkan angan mu di kaki ku

Duhai sang pemuja
jangan lah kau duga dengan janji dan impian
aku tidak pernah akan silau walau kau janjikan semukim permata
kerna aku peremouan timur yang masih menjunjung adat di jemalaku


SANG PEMUISI


Kering bibir
lidah mu lemah
entah kuasa apa
menggetar hati si fasiq

warna a'rodh mu pudar
tempikmu umpama bisik
sang pemuisi,,kau
punya seni dalam hati
bisikan mu tertajam
mengopak pintu raja(hati)

otak gua
ahad pagi
arma cairo

aduhai hati


marah hati ku
di guris2 hati ku
aku menangis
siapa yang peduli

aku di sini....
di hujan ribut dan taufan
kaku
bagai batu2
tak punya rasa
reput cebisan hati ku
di biar panas dan hujan
siapa yang peduli
aduhai hati ku......

kau tak punya teman
kau raja
senang mu di persoal
susah mu tak d peduli
aduhai hati ...kasihan

sabar lah hati
jangan menangis
air mata raja itu aib
gugur mu
runtuh lah istana megah

aduhai hati....
tempat megah mu
di bawah kaki
di situ tempat pertemuan
mencari redho pencipta

aduhai hati ku.....jangan angkuh

otak gua.... pagi sabtu....


Tuesday, April 13, 2010

cinta yang ku ukir



gementar hati gua tatkala tangan ini mahu membicarakan soal cinta....kerana ombak perasaan gua bagai bergulung takut kalau kehilangan cinta... kalau sekali sudah cinta pasti hati terukir nama nya...memadam ukiran hati umpama membelah hati, gua pasti hirisan itu pedih, kata si manusia cinta itu ibarat laut dan pantai, ibarat cahaya dan bulan, tapi gua pasti pepatah itu salah, kerna cinta xkan surut sperti laut, kerna cinta xkan meninggal kekasih seperti chaya meninggal bulan diwaktu siang,
payah nya mengukir cinta tidak seperit memadam ukiran nya,

bhagia nya cinta kalau kesampaian, iri bumi melihat manusia kerna punya hati untuk menyinta, kerna buah cinta itu mekar tika berputik manis tika ranum..ya tuhan ku apakah cinta sesama manusia itu satu anugerah ataukah ia satu rintang ujian mu,

cinta ku...tidak pernah kesal gua ukir nama mu di hati walau tahu, jika jatuh nya tika mekar pasti parah tidak sedikit luka nya, gila kerna menyintai mu pasti indah,
biar org kata cinta pada manusia itu rapuh, namun ia tetap indah.. hati kita satu, air mata mu tangisan gua, berdarah hati gua luka hati mu..pahit peria kehidupan terasa manis kerna madu cinta.

mengalir tenang hati hamba itu, sungai hati nya hanya menuju tuhan, cinta nya abadi,
marak api ujian nya pasti berkobar, sujud bumi menolak taklifan kerna takut bahang nya. namun api itu pasti dingin waktu cinta mula ranum, bagai si kekasih ibrahim dingin di api kerna cinta nya kesampaian,

cinta pada tuhan pasti berbalas, tidak pernah kecewa hati sang pencinta, xkan pernah tuhan menolak cinta hamba nya, gila menyintai tuhan bermilion kali lebih indah dari senyum puas pencinta dunia, setitis cinta darinya xkan ada yang boleh di tukar ganti

ya tuhan ku....kurniakan lah setitis cinta ke dalam hati ku kepada mu, hamba mu ini tidak punya tempat untuk mengadu kecuali kepada mu, hambamu xkan dapat hidup kecuali dgn cinta mu, kalau lah sjuta nyawa di beri, izinkan aku menyintai mu selama nya


erm....lagu ni la... pakat pikir la

Friday, March 26, 2010

Rindu pada ayah


Puas gua menghitung perit bapak gua, tak pernah terhasil jumlah nya.. tidak mencukupi angka di dunia ini membilang jambangan kaseh ayah..rindu pada nya menghambat segala kedukaan hidup.. masih bergetar cuping telinga gua dengan nasihat nya yang tak kan ada nasihat seindah itu lagi di duna ini..

Anakku…getar hati ayah takkan berganjak kalau kamu tidak berharta, biar lah hidup mu mencari makan di dahanan pokok, biar lah pagi tercalar kerana kerap kais mu mencari rezeki..

Anakku..hati ayah mu basah kalau kamu tidak ber ilmu, tidak perlu hidup manusia yang tiada cebisan ilmu, biar lah ayah mu merempat demi ilmu mu, ayah mu ini rela menggadai kan kssemua belulang asal tidak jahil anakku, di cipta dunia dan akhirat itu untuk mereka yang berilmu..terkulai hati ayah mu andai gadaian nya di bayar dengan kesenangan dunia yang rapuh,,,

Puas hati kecil gua meronta, sesekali meraung… ayah ku sayang bukan kah ilmu itu demi kesenangan, apa guna ilmu tanpa ikatan kesenangan, masakan berguna pokok tanpa buah…. Senyum ayah seakan faham gelodak kebodohan anak nya, perlahan tangan nya mengusap ubun gua..seolah bius membisu kan raungan singa ganas gua ^^

Sudah berlalu kenangan itu di hambat masa, rupanya takkan takkan ada buah kesenangan tanpa pokok ilmu, mustahil ada buah tanpa pokok,,ahahaha gua rindu pada mu ayah

Bisik ayah lagi…anakku… yang nama nya baharu itu pasti brubah, jangan letakkan hati mu pada sesiapa kecuali yang qodim, dia takkan berubah walau sekecil mata jarum..dia lah yang mencipta kamu dia lah memelihara kamu dia lah juga yang akan membawa kamu pulang,,, gua ikat kejat simpul mati pesanan ayah… ya tuhan ku limpah kan kaseh mu pada ayah ku, dia lah yang mengenal kan mu padaku..selawat salam atas junjungan

Aku masih ingat merdu seruling nasihat ayah berpesan ..ibu mu itu pembawa syurga, jauh dari nya be erti menjauhi syurga, deras hati ku sayu,,aku sayang kamu ibu,,aku syang kamu ayah

Kata ayah anak lelaki itu harus bijak mencari peluang, berubah nya dunia kerna takdir dari yang maha berkuasa, cari lah peluang jangan jadi kan alasan, yang di tanya pada hari perkiraan bukan keadaan dunia tapi apa yang di bawa dari dunia

Bulu roma gua sentiasa meremang tatkala mengulang pesan ayah oleh benakku,

………….adeih lla, ase nak nitis air mate pom ade,, ase macam feeling2 jew… argh…suke ati la bukan nye kne bayar bil pom gune banyk air mate

Ape2 hal pom otak gua otak lu jugak,,,hahahahhahahahha